CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 12, 2008

Impian.. Tak Semua Boleh Tercapai

“Mari ikut ibu ke sungai.”
Anak kura-kura itu mengekori ibunya. Sesekali ia mendongak ke langit. Tidak disedarinya ia tersepak sebiji batu dan tergolek jatuh. “Mak! Tolong saya!”

Ibunya menoleh ke belakang dan berpatah balik. Mereka kembali berjalan semula. Tetapi matanya masih leka mendongak ke langit. “Tengok di hadapan kamu! Ada batu!”

Hampir sahaja anak kura-kura terlanggar dan tergolek lagi. Ibunya menggelengkan kepala melihatkan perangai anaknya. “Tengoklah ke hadapan ketika berjalan. Barulah selamat perjalanan kamu.”

“Saya melihat burung-burung itu terbang.”

“Mereka juga seperti kita. Pagi-pagi keluar mencari makan.”

“Tetapi mereka dapat terbang!”

“Sebab mereka dikurniakan sepasang sayap!”

“Mengapa kita tidak diberikan sepasang sayap seperti burung?”

Ibu kura-kura menoleh ke arah anaknya dan ketawa. “Apa agaknya nama kita sekiranya badan bercengkerang dan bersayap?”

“Apa salahnya. Namakan apa-apa sahaja asalkan boleh terbang seperti mereka.”

“Bolehkah kita terbang dengan cengkerang yang berat di belakang ini?”

Anak kura-kura menarik muka masam. Muncungnya semakin panjang. Ibu kura-kura mendekatinya. “Mengapa bersedih begini?”

“Saya ingin jadi seperti burung-burung itu!”

“Tetapi kita dilahirkan sebagai seekor kura-kura.”

“Saya tidak mahu jadi kura-kura! Saya mahu jadi seekor burung!”

“Mengapa?”

“Saya mahu terbang jauh! Saya bosan berjalan perlahan begini!”

“Mari sini dekat ibu,” ajak ibu kura-kura sebaik sahaja mereka tiba di tebing sungai. Beberapa tangkai kangkung liar ditariknya ke tepi. Itulah makanan mereka. “Kamu fikir menjadi burung itu bagus?”

Anak kura-kura mengangguk. “Saya boleh terbang dan tiada siapa boleh kacau saya!”

“Berbanggalah dengan apa yang diberikan kepada kita. Kamu patut bangga dilahirkan sebagai seekor kura-kura.”

“Apa kelebihan yang saya ada? Saya tidak boleh terbang!”

“Kamu patut bangga kerana memiliki sebuah cengkerang yang melindungi kamu ketika bahaya. Burung ada cengkerang?” Anak kura-kura menggeleng.

“Kita ada rumah bergerak. Cengkerang itulah! Burung ada rumah bergerak?”
Anak kura-kura menggeleng lagi. Ibu kura-kura tersenyum. “Apabila hari hujan sarang mereka basah dan mereka anak beranak basah kuyup dan kamu?”

“Saya boleh diam di dalam cengkerang, rumah bergerak saya ini!”

“Mereka terpaksa terbang jauh mencari makanan dan membawa makanan untuk anak-anak mereka dan kamu?”

“Saya boleh berjalan bersama ibu dan dapat makan dengan mudah!”

“Pandai! Ucaplah terima kasih wahai tuhan kerana menjadikan saya seekor kura-kura!”

Sunday, February 10, 2008

TeRlalu LAAAAAAAAAAAAma tak upDate BLOg

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaanya tak letak new post.. LAma sangat kan? okeh okeh ... baca dulu kat bawah nie


Satu hari...
Sy balik kampung...
Dgn keluarga...
N of course.. dengan kakak saya Farihah!
NI Farihah yg buat...

okey baca btol btol

Balik kampung kat Pulau Pinang...
Jumpa nenek
N Pak Su
Bertolak dari rumah yg kat rawang tu kul 5 pagi
Sbb nak sampai awal
Kat kampung
Pastu ntah macamana dlm perjalanan, aku tertidur
Tidur plak atas bahu farihah yg garang giler tu
Masa tu dia pun tidur gak ah..
Pastu bila dia terjaga...
Dia jerit

"BANGUN!!!!!"

Terkejut beruk aku!
Cepat cepat bangun
Lama sket..
aku tido balik
Kat belakang kereta lar..
Belakang sekali
Pastu..
Tepat kul 8
Sampailah ke Penang ngn selamatnya
Alhamdulillah
Pastu, aku ngn farihah pun apalagi!
Letih letih tu, kita sambung tido kat rumah nenek!
Kemudian, kitorang tido lah
Gitu lah ye kisahnya

Friday, December 21, 2007

............

You Are 28% Selfish

In general, you are a very giving person who treats others very well.
But at times, you insist on getting your way - when it matters most to you.

Wednesday, December 19, 2007

You are 100% Gemini

Your Birth Month is June
Peaceful and harmonious, you seek the gentle side of life.Your warmth and consideration touches many.
Your soul reflects: Friendship, love, and beauty
Your gemstone: Pearl
Your flower: Rose
Your colors: Light blue, white, and cream
What'>http://www.blogthings.com/whatdoesyourbirthmonthmeanquiz/">What Does Your Birth Month Mean?

Your 1920's Name is:
George Jannie


Your French Name is:
Rochelle Baudet


Your Androgynous Name Is:
Quinn Chris


Your Irish Name Is...
Nuala McCarthy


Your Japanese Name Is...
Oki Rokujochigusa


Your Pirate Name Is...
Pegleg Right Eye Rita

Tuesday, December 11, 2007

This is me..

Inilah saya..

Amacam? Comel tak? hehehhe... inilah rupa saya yg anda nak tau macamana..
>_<
hohohho...
buat pengetahuan anda, saya merupakan adik kepada Nurfarihah. jenguklah blog dia.. www.firataurus.blogspot.com
papai!!